Setelah sekian lama kita menjalani kehidupan sebagai seorang insan dan sebagai seorang muslim, ditanamkan dalam benak kita bahawa kita sebagai seorang islam yang berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah dan menggelarkan diri kita dalam kelompok Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pendidikan agama kita mungkin bermula dengan mengenal alif-ba-ta, kemudiannya belajar mengaji dan seterusnya tatacara beberapa ibadat rukun seperti solat, wudhu, dan puasa. Kemudian di sekolah rendah ada pelajaran agama islam untuk beberapa jam dalam seminggu. Sesetengah kita ada yang dihantar oleh ibu bapa ke sekolah agama pada sebelah petangnya bagi yang bersekolah pagi. Proses pembelajaran agama ini diteruskan ke sekolah menengah dengan kelas pengajian islam yang mungkin diajar dalam 3 jam sahaja seminggu. Dan begitulah seterusnya di peringkat kolej atau pun universiti di mana subjek agama mungkin sebagai subjek pilihan sahaja.
Kalau kita masih ingat buku teks agama adalah yang paling nipis dan paling kecil saiznya berbanding dengan buku-buku lain. Setelah kita tamat persekolahan tidak ramai antara kita yang mahu meneruskan usaha belajar tentang agama fitrah ini. Mungkin kita sudah merasa cukup dengan pelajaran formal yang kita dapat semasa di sekolah dan di kolej dulu. Persoalannya buat diri ini cukupkah apa yang diajar dulu untuk memahami Al-Quran dan Sunnah? Adakah cukup segala ilmu itu untuk meyakinkan kita untuk beramal semata-mata kerana Allah tanpa ada sedikit pun unsur syirik? Cukupkah apa yang dipelajari dulu boleh mengenalkan kita apakah perkara-perkara yang boleh menyebabkan syirik? Adakah kita berpuas hati dengan kualiti amalan kita sekarang yang masih sama dengan amalan semasa bersekolah dulu? Tidakkah terfikir kita untuk menambahkan ilmu islam setidak-tidaknya untuk kita boleh memperbaiki qualiti amalan kita agar benar-benar selari dengan Al-Quran dan Sunnah? Bagi kita yang sudah punya tanggungan sendiri, mampukan dengan ilmu yang kita ada itu untuk kita bimbing isteri dan anak-anak kita ke jalan menuju syurga?
Itulah antara persoalan yang bermain di dalam kepala saya sehingga saya tidak jemu-jemu untuk menguatkan diri ini menghadiri majlis-majlis ilmu dan membawa seluruh ahli keluaga bersama mengikuti kuliah-kuliah pengajian di sekitas Lembah Kelang ini. Alhamdulillah walau pun ada kalanya terdapat sedikit halangan, namun masih banyak peluang yang Allah sediakan untuk kita terus menuntut ilmu yang sohih dalam negara kita sekarang terutamanya untuk yang tinggal di kawasan Lembah Kelang ini.
salam, tahniah kerana mnghasilkan blog, mudah2an Allah sentiasa memberi rahmatNya kepada tuan. Teruskan usaha mulia tanpa jemu dan putus asa.
ReplyDeleteThanks for the encouragement. Sebelum ni asyik baca hak orang jer... skang boleh fokus kat projek sendiri.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSyabas! Teruskan usaha mulia ni. Semoga dikuatkan azam membawa petunjukNya, mudah-mudahan tercapai matlamat...
ReplyDelete